Wednesday, May 7, 2008

PENGGUNAAN JENIS KAYU PADA RUMAH WALET


Penggunaan kayu dan jenis kayu juga perlu diambil serius dalam perusahaan Burung Walet ini, dan ia boleh menjadi salah satu penyebab Perusahaan ini GAGAL.

Jenis Kayu / sisip yang sering di gunakan dalam rumah Burung Walet ialah kayu MERANTI,
3 KUALITI MERANTI YANG SERING DI GUNAKAN OLEH PENGUSAHA BURUNG WALET DAN KONTRAKTOR PEMBINAAN IALAH MERANTI ........ >>

3 Kualiti Meranti yang digunakan menentukan KETAHANAN sisip.

Sifat – sifat kayu.

Sifat – sifat kayu pada tiap-tiap jenis itu bergantung kepada susunan dan jenis-jenis sel
beserta dengan banyaknya bahan-bahan kimia seperti kanji, gula, getah, damar, minyak, bahan warna ( starch ), gam dan sebagainya yang terkandung di dalamnya.

a. Ketahanan ( durability )
- Bergantung kepada jenis bahan ketahanan serangga di dalam sel-sel dan dinding sel yang
boleh membunuh serangga dan menahan kulat daripada tumbuh.

b. Kekuatan ( strenght )
- Bergantung kepada jenis dan keadaan sel-selnya.

c. Kepadatan ( density )
- Bergantung kepada keadaan dan saiz sel serta tebal dindingnya dan banyak bahan-
bahan kimia seperti getah dan damar di dalam sel-selnya.

d. Kekerasan ( hardness )
- Bergantung kepada keadaan dan saiz sel serta tebal dindingnya, biasanya kayu keras
mempunyai sel-sel kecil berdinding tebal yang tersusun rapat dan dipenuhi oleh damar.

e. Kayu lembut ringan ( light softwood
- Biasanya mempunyai sel –sel berdinding nipis

f. Bunga atau ira ( figure )
- Satu perkataan bagi kayu yang mempunyai urat dan warna yang menarik ( texture, grain
and colour )
- Pembentukkan bunga atau ira disebabkan:-

i. Susunan sel-sel kayu dan cara pembelahan yang boleh mengeluarkan bunga lapisan
tumbesar atau bunga jejari empulur ( growth ring figure or medullary ray figure )
ii. Perubahan dan pertelingkahan urat berkedut dan urat lurus ( wary grain and ribbon
grain )
iii. Kerosakkan batang pokok seperti pangkal dalam tunas, mata kayu dan parut luka. ( nots,
curls, birds eye and crocthes)






- Laman Web Rasmi kami masih dalam pembinaan -
-Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat mengenai industri ini sila hubungi 019-664 2264 atau emailkan kepada : gem07@streamyx.com / globalexm@gmail.com -

No comments:

Post a Comment